![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqUd7Vgg-1A0YJDIxNEadvyks_C_YjmyE6rujbtPVRV-i8jLYY8MX-zmpuTX8SWXUSZNHOx0WnBT4dtr5nDvd7BCT2FlzfrnrKtfLT73FxaCEdYZwkvxxTkRvCaIXb5C_bCCEwqKDgBWfa/)
Assalamualaikum dan salam 1 Satu Malaysia.
Alhamdulillah pada 11 Februari 2012 pihak ahli jawatankuasa 3K SMK Riam berjaya melakukan latihan untuk polisi pergi dan balik sekolah selamat.
Program ini bermula pada pukul 6.50 AM lagi berlancar dengan jayanya dan berakhir lebih kurang pukul 8.30 AM. Program dimulakan dengan ucapan pengarah untuk progran polisi selamat sekolah iaitu Cikgu Puan Angelia dan dibantu oleh Cikgu Encik Azami.
Guru telah dibahagikan tugas masing-masing sepertinya menjaga di floyer-floyer tertentu, mengiringi pelajar semasa latihan dan memerhati kesesuaian pelajar berkenaan pelaksaan program. Pihak pentadbiran mengemukakan cadangan terus jika berlaku ketidak sesuaian kepada perjalan balik pelajar dari kelas.
Sebanyak 2 kali latihan ini dilakukan sehinggalah pihak jawatankuasa berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh pelajar. Latihan ni bermula dari pelajar berada di kelas di waktu akhir P&P sampailah ke pintu pagar C sekolah.
Akhir program Puan Pengetua memberi sedikit ucapan dan teguran tentang apa yang perlu dititik beratkan iaitu pelajar mestilah sentiasa mengamalkan secara berdisiplin dan menghormati undang-undang dan peraturan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.
Akhir catatan, semoga dari apa yang dilakukan ini menjadikan sekolah adalah tempat yang paling selamat bermula dari awal pelajar datang hinggalah pulang ke pintu pagar sekolah.
Terima kasih kepada semua guru-guru dan juga para pengawas yang terlibat.